Kerjasama Profesional-UMNO Hasilkan Gerakkerja Strategik Demi Kecemerlangan UMNO- Dr Zaini

JOHOR BAHRU , 13 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Nusajaya, Dr Hj Zaini Hj Abu Bakar menganggap penubuhan Bait Al Amanah adalah satu langkah positif bagi pihak UMNO Johor. Ianya satu badan yang akan merangkakan  caramana untuk memantapkan dan meremajakan UMNO dalam cabaran dan halangan masa kini.

20151013011840“Ianya adalah perubahan pemikiran yang lama kepada pemikiran yang lebih bersesusian dengan keadaan sekarang sejajar dengan kemajuan negara khususnya negeri Johor tentulah lebih ramai golongan muda yang bijak pandai dan mereka dapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai atau tidak,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, beliau yakin Bait Al Amanah dapat mewujudkan satu gerakkerja yang khusus untuk menangani pemikiran persepsi rakyat negeri Johor.

“Saya tertarik dengan ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin , khususnya berkaitan mendekati golongan professional untuk  bersama dengan UMNO berkhidmat di dalam kepakaran masing-masing.”

“Saya sendiri yang berlatarbelakang bidang perubatan telah pun melaksanakan aktiviti seumpamanya sejak dulu lagi tetapi dalam skop yang lebih kecil.”

“Selepas ini saya bersama-sama rakan-rakan UMNO Gelang Patah akan mengadakan perkhidmatan rawatan percuma dan khidmat nasihat berkaitan penjagaan kesihatan untuk memberi kesedaran kepentingan menjaga kesihatan. Semoga dengan aktivii sebegini dapat menghasilkan rakyat yang mementingkan kesihatan kerana ianya penting dalam membantu kerajaan dalam aspek pembangunan dan modal insan,” tambahnya.

Dengan cara ini juga UMNO dapat mendekati rakyat akar umbi dari pelbagai golongan.

“Saya percaya dengan amanat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin , UMNO Johor akan lebih mantap dan strategik didalam perlaksaan program-program bagi melahirkan rakyat Johor yang lebih cemerlang,” ujarnya lagi.