Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(): Failed opening '1' for inclusion (include_path='.:/opt/alt/php56/usr/share/pear:/opt/alt/php56/usr/share/php') in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63
Perluas aktiviti MySihat – UMNO JOHOR

Perluas aktiviti MySihat

SEGAMAT 11 Okt. – Kementerian Kesihatan menerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) berharap lebih banyak penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksanakan program yang dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, penubuhan MySihat pada tahun 2007 untuk memperluaskan aktiviti promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara agresif bersama-sama NGO.

image“Hingga kini terdapat kira-kira 800 NGO yang berada di bawah MySihat dan mereka akan diberikan geran untuk melaksanakan program kesihatan yang bersesuai­an di kawasan atau lokasi pilihan mereka.

“Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada MySihat dalam bentuk geran dan permohonan yang berjaya hendaklah melaksanakan polisi awam sihat mengikut garis panduan yang ditetapkan,” katanya selepas merasmikan Program Kesihatan Health At Your Doorstep anjuran Wanita MIC Segamat di Dewan Taman Desa India, Batu Anam, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, pada tahun lalu MySihat memberi geran RM62,180 kepada lima NGO terpilih di negeri ini bagi melaksanakan program promosi kesihatan untuk masyarakat seperti program kesedaran tembakau dan senam sihat.

Menurutnya, setiap program yang dijalankan perlu diukur keberkesanannya seperti program tersebut yang menyasarkan 2,000 peserta menjalani ujian mamogram dan pap smear.

Subramaniam memberitahu, NGO tersebut perlu mencari dan mendapatkan penyertaan 2,000 orang dengan membawa mereka ke mana-mana pusat ujian mamogram untuk mengumpul maklumat ke­rana MySihat amat mementingkan hasilnya.

“Setakat ini, kira-kira sejuta rakyat menerima keberkesanan program yang dijalankan oleh MySihat dan kita amat mengga­lakkan masyarakat melibatkan diri dengan aktiviti kesihatan terutama di peringkat akar umbi.

“MySihat turut menjalinkan hubungan dengan pertubuhan antarabangsa yang memiliki misi dan objektif yang sama, iaitu memperluaskan pembangunan dan kemajuan promosi kesihatan negara,” katanya.- Utusan