Pengislahan UMNO Johor Demi Kekuatan Parti – Jais

JOHOR BAHRU 12 Okt – Setiausaha UMNO Johor YB Mohd Jais Sarday melihat Seminar Merekayasa Perjuangan Dan Memahami Pemikiran Pendiri Bangsa yang berlangsung Sabtu lalu bukan sahaja berjaya malah ianya sangat memberansangkan.

12068462_10153385283384355_3284627923079558882_oBeliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang seterusnya berharap ianya akan menjadi titik permulaan kepada UMNO Johor dalam usaha untuk ‘re-branding’, ‘re-structure’ pengislahan UMNO Johor.

“Seminar yang menghimpunkan bijak pandai pimpinan pelbagai peringkat UMNO Johor serta wakil anak Johor daripada universiti dan guru muda satu Malaysia telah berjaya melahirkan pelbagai pendapat serta percambahan input untuk memperkuatkan lagi UMNO negeri ini.

“Seminar ini hasil daripada yang kita lihat UMNO memerlukan satu anjakan. Kita kata UMNO, dulu, kini dan selamanya tetapi dalam kita berdepan dengan susana politik baru ini, UMNO dulu kini dan selamanya tidak boleh dengan cara yang lama.

“Kita mesti ada pendekatan baru apatah lagi kita selain berdepan politik baru dan juga untuk berdepan pemikiran generasi muda hari ini. Jadi seminar ini kita kupas pertamanya banyak nak faham semula tentang ideologi yang disebut sebagai perjuangan bangsa itu yang berasaskan UMNO.

“Keduanya kita dapati cara kita berfikir, semangat di kalangan pendokong parti ada sebahagiannya cuma sekadar menjadi ahli parti sebab ikutan. Mereka tidak faham apa ideologi.20151019185346

“Jadi bila kita kupas balik ideologi perjuangan ini diharapkan daripada cerdik pandai yang ada kepakaran dan kelebihan masing-masing yang terdiri daripada arkitek, peguam dan sebagainya lagi memberi kelebihan kepada parti itu sendiri.

“Mereka ini pendokong parti dia ada kebolehan, dia ada ilmu jadi saya rasa ini lengkap. Dia sebagai pendokong parti dan dia faham kenapa kita pertahan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara melalui UMNO,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya menambah selepas kumpulan dan para cendekiawan serta serta mereka yang berkebolehan itu akan dikumpulan berdasarkan kepakaran masing-maisng.

“Mana-mana yang cenderung untuk bantu parti dari sudut perkaderan kita akan kumpulkan mereka ini. Dari sudut pemikir tadi pun kita lancar Bait Al-Amanah…daripada sini pun kita kumpulkan pemikir yang boleh bantu parti.

“Lepas ini juga kita akan wujudkan kumpulan yang akan terlibat sebagai pemidato. Salah satu kelemahan kita ialah kita tidak bercakap. Daripada dulu hingga sekarang banyak perkara kebaikan kita buat bukan untuk bangsa dan agama kita sendiri tetapi juga agama dan bangsa lain.

“Dalam keadaan hari ini orang salahkan UMNO.. yerlah mungkin adalah sedikit kelemahan sana-sini tetapi hari ini kita kena ingat kita boleh hidup selesa, aman bahagia. Kena lihat itu. Tetapi UMNO tidak bercakap dan yang bercakap adalah mereka yang memburukkan UMNO.” katanya.

Katanya lagi selepas ini mereka yang boleh bercakap dan ada kebolehan tersendiri akan diberikan input dalam usaha untuk membantu parti.

“Kita juga akan teruskan perbincangan dan diskusi-diskusi selepas ini agar pendokong parti lebih faham. Harap ini akan jadi gerakan massa di kalangan ahli parti dan selepas ini ahli parti bukan sahaja faham dan bersemangat serta bangga tetapi boleh bercakap di pentas mana sekalipun. Kita bercakap yang benar dan ada fakta,” katanya.