Bait Al-Amanah Mampu Gagalkan Impian Pembangkang Tawan Johor – Anuar Manap

JOHOR BAHRU, 10 Okt – Penubuhan Bait Al Amanh ini adalah satu usaha untuk menggabung jalinkan golongan professional dan mereka-mereka yang terpelajar untuk membantu UMNO, ujar Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Anuar Abdul Manap.

anuar manap“Kalau kita lihat apa  yang cuba dilaksanakan pembangkang terutamanya didalam menghasut orang muda dan golongan professional, maka dengan adanya dgn adanya Bait Al Amanah kita yakin dan amat percaya walaupun tidak sepenuhnya dapat mengurnagkan apa pun perkara-perkara fitnah dan persepsi yang cuba ditimbulkan pembangkang dalm usaha merampas Johor kononnya.”

“Pada hari ini kita lihat UMNO Johor  semakin kuat. Kita semakin matang dalam berbicara hal berkaitan dengan politik muda. Sudah tentu pekara ini tidak dipandang enteng dan ringan,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Sekijang.

Tambahnya, UMNO Johor sedang dan akan terus berusaha untuk memastikan dapat menarik sokongan golongan muda dan juga orang Melayu akan dapat diperkasakan.

“Kita mengharapkan juga sokongan diperingkat akar umbi UMNO daripada semua peringkat supaya dapat bersama – sama kepimpinan UMNO untuk memastikan niat pembangkang menawan Johor digagalkan memberi sokongan padu dan muafakat UMNO Johor itu sendiri,” tambahnya ketika ditemui selepas Majlis Seminar Merekayasa Perjuangan dan Memahami Pemikiran Pendiri Bangsa, di sini semalam.