Rakyat Johor Ingin Parti Yang Berkhidmat… Bukan Sekadar Retorik – Shahrihan

LEDANG, 9 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Johor melihat kelahiran Parti Amanah Negara (PAN) yang ditunjangi sekumpulan opportunis politik yang kecewa tidak akan mendapat keyakinan kalangan rakyat khususnya di negeri berkenaan.

20151007190847Ketua Penerangannya Shahrihan Jani berkata keyakinan itu bersandarkan kepada harapan dan impian rakyat yang mengharapkan sebuah parti yang benar-benar berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk mereka.

Menurut beliau umum mengetahui bagaimana susur galur kelahiran parti terbabit dalam arus politik negara dan tindakan terdesak berkenaan tidak mampu untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Johor khususnya.

“Pemuda UMNO Johor menyeru agar rakyat membuka mata dan minda dan melihat tindakan oportunis politik ini sebagai satu tindakan terdesak kerana sanggup meninggalkan dan mempermainkan segala janji yang telah dilafazkan ketika bersama kepimpinan Pas hingga menimbulkan pelbagai kontroversi sebelum ini.

“Kalaulah itu pun mereka sanggup permainkan apatah lagi segala amanah dan tanggungjawab ke atas rakyat… Rakyat Johor juga perlu melihat bahawa Amanah ini telah membentuk pakatan harapan bersama PKR dan DAP yang mana siapakah sebenarnya ‘big brother’ dalam pakatan baru tersebut,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Kata beliau lagi Pemuda UMNO Johor akan terus meningkatkan iltizam dan terus bertekad untuk mempertahankn Barisan Nasional (BN) di Johor.

“Setiap Ketua Pemuda Bahagian telah melaksanakan gerak kerja dan program-program khusus untuk menarik sokongn anak muda di Johor…Usaha ini akan terus dilipatgandakn utk memastikn pada PRU-14 nanti UMNO dn BN masih lagi kekal menerajui kepimpinan negeri dan negara. Insya Allah.

“Sama-samalah kita berusaha dan apa pun kita percaya kelahiran Parti Amanah walaupun ianya dibenarkan dalam proses demokrasi negara, ianya tidak mampu untuk meyakinkan rakyat hala tuju perjuangan mereka yang sebenarnya,” katanya.