Bajet 2016 Peluang Untuk Rakyat Nikmati Pulangan Hasil GST

KULAI, 8 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh percaya dan yakin #Bajet2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kira kepentingan rakyat.

Justeru beliau amat berharap kerajaan khususnya akan mengembalikan hasil pulangan cukap yang dikutip menerusi Good Services Tax (GST) kepada rakyat menerusi pelbagai peruntukan demi kepentingan semua pihak.

140 (Bajet2016 akan kembalikan hasil pulangan GST))“Saya juga amat mengharapkan kerajaan dapat menggunakan hasil GST itu nanti untuk menstabilkan harga komoditi termasuklah harga getah. Begitu juga peruntukan dan bantuan sewajarnya kepada industri makanan asas supaya penawaran banyak dan mengurangkan import barangan berasaskan makanan.

“Selain itu pada saya, produktiviti sektor perikanan juga cukup penting. Gudang sejuk beku untuk simapnan bekalan jangka panjang dan bot-bot moden untuk tangkapan laut dalam perlu diberikan perhatian sewajarnya. Alangkah cantik sekiranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) contohnya menjadi syarikat pembekalan ikan utama,” ujarnya.

Ali Mazat seterusnya menambah keperluan asas utama rakyat sudah pasti dan tentu akan diberikan tumpuan dan penekanan oleh kerajaan pada pembentangan bajet 2016 nanti.

Tegas beliau dalam keadaan hari ini sudah pasti sebagai sebuah kerajaan yang mendengar keluh dan kesah rakyat, perkara-perkara yang menjadi perbualan di akar umbi terutamanya akan menjadi pertimbangan utama.

“Malah kalau tidak silap pada mesyurat Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini, Datuk Seri Najib telah memberikan jaminan bahawa UMNO akan terus membela dan menjaga kepentingan rakyat.

“Berasaskan kepada keyakinan itulah, bajet yang akan dibentangkan nanti adalah bajet yang akan mengambil kira kepentingan rakyat di negara ini di semua peringkat secara menyeluruh.

“Apa yang saya utarakan di atas hanyalah sedikit harapan dan kerajaan juga tentunya mengambil kira pelaksanaan bajet 2015 sebelum ini samaada ianya telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya atau pun dilaksanakan pada kali ini.

“Apa pun harapan kita adalah untuk melihat bajet itu nanti mengambil kira segala aspek dan segala perancangan yang terbaik untuk rakyat pelbagai peringkat. Umumnya bajet itu nanti biarlah secara menyeluruh,” katanya.