Pakatan Baru… Lagi Satu Penipuan Bersiri Kelirukan Rakyat – Shamsolbari

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Shamsolbari Jamali melihat pakatan harapan sebagai satu lagi ‘penipuan bersiri’ yang ciba dihidangkan kepada rakyat dalam usaha menagih kepercayaan khususnya pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.20151007190820

Menurut beliau tidak ada yang baru di dalam pakatan yang dicanangkan itu sebaliknya lebih mirip dan tidak jauh daripada pakatan dahulu yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas, cumanya kali ini tanpa penyertaan Pas.

“Apa yang barunya pakatan berkenaan. Buatlah apa nama pakatan sekalipun bukankah matlamat dan bukankah tujuan mereka adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dengan menghakis kepercayaan rakyat.

“Itulah matlamat yang sama…lain-lain tidak ada pun. Ingatkan dengan membentuk pakatan baru adalah muka-muka baru…tetapi Anwar juga yang dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya kelak.

“Tidak salah untuk menjanjikan sesiapa sahaja namun dalam konteks berkenaan carilah pemimpin lain dan kemukakanlah pimpinan baru yang sejajar dengan pakatan baru yang digerakkan tanpa penyertaan Pas itu. Tindakan itu juga memperlihatkan mereka mempromosi produk lapuk semata-mata,” katanya kepada UMNO-Johor, hari ini.

Mengulas lebih lanjut Shamsolbari seterusnya menambah perjuangan dan hala tuju mereka yang sekadar untuk menumbangkan BN diyakini tidak akan mengubah kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah.

21771255949_dcc46d740e_b“Tiada apa yang baru mereka ketengahkan dan apa yang mereka nak bawa. Sekadar itu yang war-war dan mereka canangkan. Mereka hanya bertujuan untuk melemahkan BN semata-mata.
“Lagi pun pakatan baru yang digerakkan tanpa penyertaan Pas merupakan satu tamparan yang cukup besar kepada gerakan berkenaan dalam arus politik negara. Kalangan parti sendiri pun tidak boleh yakinkan macammana nak yakinkan rakyat,“ katanya.

Sebelum ini dilaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia jika gabungan baharu “Pakatan Harapan” memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketetapan itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media pengumuman pembentukan kerjasama baharu antara parti politik pembangkang.