#Bajet2016 – Kerajaan Digesa Bantu Anak Muda Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

Kulai, 5 Okt – Walaupun masyarakat sedar akan kemerosotan ringgit yang memberi kesan kepada pendapatan kerajaan, masyarakat tetap berharap agar kerajaan tidak menjadikannya sebagai alasan pendapatan dari GST tidak mampu disalurkan kepada perkara-perkara yang baru yang diharapkan didalam Bajet 2016.images

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai , Mohd Fadil Misnan berkata, inilah suara hati rakyat yang diterima terutama orang muda dari golongan pertengahan dan kumpulan pekerja swasta. Mereka ternanti-nanti akan pembentangan Bajet 2016 dan amat berharap kerajaan akan mengotakan janji teruama yang berkaitan dengan kos sara hidup dan infrastruktur.

“Antara cadangan – cadangan yang diperkatakan dikalangan mereka ialah penyelarasan semula insuran kenderaan yang dilihat semakin tidak terkawal dan membebankan. Golongan pertengahan yang tidak layak mendapat BR1M berharap mereka diberi rebet minyak dalam jumlah yang tertentu bagi meringankan kos sara hidup.

Mereka juga berharap kerajaan dapat menimbang cadangan mereka agar golongan pertenganhan ini diberi rebet Tol dengan kadar penggunaan tertentu dalam sebulan. Dengan cara ini sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terpinggir dan dapat juga merasai manfaat dari pendapatan GST.

“Kerajaan tentu sedar bahawa golongan ini adalah kumpulan yang semakin jauh dari kerajaan dan dengan cara ini saya berharap kita dapat meraih sokonan mereka dan seterusnya UMNO dapat mendekati mereka,”ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga berharap kerajaan dapat mewujudkan ‘Rumah Transit Orang Muda’ di daerah-daerah utama yang kepadatan penduduknya tinggi.

Ini bagi membantu golongan muda dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita akur yang kenaikan kos sara hidup pasti akan berlaku tetapi dengan cara sebegini kerajaan dapat membantu golongan muda mengurangkan bebanan mereka yang baru sahaja hendak memulakan kehidupan.”

“Harapan saya dengan cara ini , Bajet 2016 mampu meraih kembali sokongan golongan muda mahu pun golongan pertengahan pada PRU akan datang,” tambahnya lagi.