Semua sekolah di Johor TUTUP pada 5 dan 6 Oktober 2015

JOHOR BAHRU, 4 Okt – “Memandangkan keadaan udara yang masih dalam ketegori tidak sihat akibat jerebu di Negeri Johor, saya dengan ini menyambut baik pengumuman dari Menteri Pendidikan agar semua sekolah hendaklah DITUTUP pada hari Isnin dan Selasa bersamaan 05 dan 06 Oktober 2015”,ujar EXCO pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor.

20151004031001
“Saya ingin memanjangkan arahan  ini kepada semua sekolah tadika kerajaan dan swasta agar ditutup juga pada tarikh yang sama.

Kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi PT3, ini bukan peluang untuk bercuti rehat, tetapi gunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran,” ujarnya satu kenyataan kepada media hari ini.