Pelaburan Dari Syarikat Unigra, Itali

12107784_967086506663712_3806331842140981812_n

MILAN, 4 Okt – YB Md Jais Sarday mewakili YAB Menteri Besar menerima surat akujanji dari syarikat Unigra dari Itali. Syarikat ini akan melabur di Kawasan Perindustrian Johor Corporation, Tanjung Langsat sebanyak RM250 juta untuk mengeluarkan produk majerin dan cokelat. Ini merupakan pelaburan pertama syarikat ini di luar Itali yang akan menawarkan tidak kurang 250 peluang pekerjaan.