Jerebu: Semua Sekolah Di Johor DiTutup Esok- Jais

JOHOR BAHRU, 28 Sep: Susulan keadaan jerebu yang tidak menentu di negeri ini, sebanyak 1,178 buah sekolah yang menempatkan seramai 618,326 orang murid akan ditutup esok.

20150928064740Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Jais Sarday dalam kenyataannya berkata sekolah akan dibuka semula pada 30 September 2015. Ianya juga bergantung kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang akan di umumkan pada esok petang.

Sehubungan itu, katanya, semua sekolah agama dan sekolah swasta juga diarahkan tutup pada hari esok.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan mengarahkan semua sekolah di Melaka dan Johor ditutup pada Selasa susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan IPU di seluruh negara sehingga pukul 4 petang Isnin menunjukkan Johor dan Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat iaitu 201-300.

Menurut kementerian itu, penutupan akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka.

Sehubungan itu, katanya, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.