‘Amanah’ Parti Serpihan PAS Akibat Kecewa Kalah Dalam Pemilihan – Suhaimi

TANJONG PIAI, 23 Sep – Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) di dalam pakatan pembangkang dilihat sebagai parti serpihan PAS yang terdiri dari mereka yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan muktamar PAS baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kukup, Haji Suhami Salleh berkata, kita sedia maklum penubuhan parti baru ini didalangi atau dibayangi oleh parti DAP. Suhaimi@Kukup

Alasan mereka yang mengatakan penubuhan parti bertujuan memperjuangkan Islam dengan lebih progresif tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Menurut beliau lakonan mereka dengan menarik tokoh-tokoh Melayu menyertai mereka tidak akan berjaya kerana orang Melayu masih ingat akan sejarah parti Dap yang dengan jelas menolak Islam.

“Kini telah jelas pada kita bahawa mereka in hanya memperalatkan agama semata-mata hendak berkuasa. Mereka sanggup meninggalkan PAS dan menubuhkan parti baru ini dengan bantuan DAP. Ini satu rahmat pada UMNO sebenarnya kerana masyarakat tentunya dapat menilai sendiri parti mana yang benar-benar memperjuangkan agama Islam dan Melayu.”

“Memang berlaku pertukaran parti dikalangan ahli PAS tetapi ianya lebih kepada barisan kepimpinan sahaja. Saya jangkakan tidak ramai ahli akar umbi Pas dan orang Melayu amnya akan turut serta kerana mereka secara terang-terangan bersekongkol dengan DAP,” ujarnya.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai seterusnya menambah,  ini semua hanyalah bersifat sementara kerana yakin orang Melayu tidak akan memberi sokongan kepada mereka kerana mereka bersama-sama dengan DAP.

“Rakyat khususnya orang Melayu takkan melupakan sejarah DAP yang menolak Islam secara total dan asas perjuangan parti

AMANAH itu sendiri yang dilihat lebih liberal dan berubah-ubah mengikut keperluan semasa,” ujarnya lagi.