Hotel KPMJ Patuh Syariah Pertama Diuruskan Koperasi Negeri Johor.

JOHOR BAHRU, 22 Sep -Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, kewujudan hotel KPMJ (Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad) photo5329805762477090di Bandaraya Johor Bahru ini adalah satu lagi tanda bukti pemilikan aset KPMNJ yang sudah pasti menjadi satu lagi kebanggaan orang-orang Melayu Negeri Johor, khususnya seluruh warga KPMNJ sendiri.

20150922074827Ujarnya, di peringkat negeri Johor sehingga tahun 2014 terdapat 1151 buah koperasi berdaftar dengan jumlah anggota seramai 467114 orang.

Manakala nilai aset yang dimiliki pula ialah sebanyak RM 781 juta. Pada tahun ini, bilangan koperasi yang berdaftar sehingga bulan Ogos 2015 ialah 87 buah , menjadikan jumlah keseluruhan ialah 1238 buah.

“Gerakan koperasi sangat dekat dan melekat dalam jiwa saya apa tah lagi saya juga anggota KPMNJ. Justeru itu, saya menyeru semua lapisan masyarakat dan rakyat negeri Johor bersama-sama bergiat dalam gerakan berkoperasi dengan menubuhkan lebih banyak koperasi dan aktif dalam pelbagai kegiatan sosioekonomi.

Saya yakin gerakan koperasi adalah satu wadah penting sebagai entity menaik taraf sosioekonomi yang lebih efisien, mampu bersaing, dinamik dan berupaya menjana pendapatan dalam kalangan anggotanya dengan mengekalkan konsep, falsafah, prinsip-prinsip dan nilai-nilai koperasi,” jelas beliau lagi ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Hotel KPMNJ dan Penyampaian Dana Mudahcara oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Md Jais Bin Sarday , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Menteri Besar bernarap KPMNJ dapat menggunakann Dana Mudahcara yang diterima dari TERAJU sebanyak RM3.345 juta  bagi pembangunan Hotel KPMNJ digunakan sebaik-baiknya. Dana Mudahcara diwujudkan  sebagai sokongan pembiayaan kepada inisiatif pelaburan swasta syarikat-syarikat Bumiputera.

Ianya bertujuan membantu syarikat-syarikat Bumiputera melaksanakan projek infrastruktur khususnya dalam sector NKEA yang berimpak tingggi dengan dana maksimum berjumlah 15% daripada kos keseluruhan projek.

“Saya yakin terhadap pembinaan hotel patuh syariah (syariah compliance) lapan tingkat bertaraf tiga bintang ini yang sedikit sebanyak dapat membantu Kerajaan Negeri Johor memperkukuhkan kemampanan industri pelancongan dalam negeri Johor selaras dengan Pelan Strategik Pelancongan 2011 – 2015, khususnya memantapkan peranan kerajaann dalam pembangunan Iskandar Malaysia,” ujarnya

Hotel ini merupakan hotel pertama yang diuruskan oleh sebuah koperasi negeri Johor. Di atas usaha-usaha murni dan gigih yang dilaksanakan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KPMNJ.