Kenaikan Gaji Guru Agama : Usaha Berterusan Perkemas Pendidikan Agama

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kenaikan gaji guru-guru agama di seluruh negeri Johor pada pembentangan bajet negeri itu sebelum ini bukan sahaja menunjukkan kerajaan negeri menjaga kebajikan guru sekolah agama tetapi juga memperlihatkan usaha memperkemas pendidikan agama.

Malah ianya juga menunjukkan usaha bertersuan kerajaan negeri dalam memastikan pendidikan agama untuk anak-anak tidak ketinggalan demi masa depan mereka, kata Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Buloh Kasap, Yb Norshida Ibrahim.

ArV_vmXsMgNoo4iIEBDfRpQtV23CEBPUxTUWyshYh1h2 (1)“Kita amat terharu dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang cukup perihatin serta peka dalam memartabatkan sektor pendidikan agama untuk anak-anak di negeri ini. Kita percaya ini adalah sebahagian dan komitmen kerajaan negeri amat kita alu-alukan.

“Tugas mereka cukup besar dan apa yang diusahakan dan dilaksanakan sebelum ini dan dengan apa yang terbaru diumumkan sebelum ini adalah satu berita gembira bat warga pendidik. Alhamdulillah syukur,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini telah menambahkan peruntukan perbelanjaan untuk Bajet Negeri 2015. Bajet ini telah melibatkan kenaikan gaji guru-guru agama seluruh negeri Johor.

Mengulas lebih lanjut Noorshida seterusnya menambah pendidikan agama untuk anak-anak adalah cukup penting selain daripada penekanan dan tanggungjawab didikan daripada ibu bapa itu sendiri.

Ujar beliau lagi selain ibu bapa yang memainkan peranan sebagai pendidik awal kepada anak-anak, sudah tentunyalah guru-guru agama di Sekolah pula akan memainkan peranan mereka.

“Disitulah pentingnya peranan mereka dan kita percaya kerajaan negeri bukan sahaja hari ini amlah sebelum ini cukup prihatin dalam memartabatkan pendidikan sekolah agama di negeri Johor,” katanya.