UMNO Pegang Teguh Konsep Perkongsian Kuasa – Najib

MUAR, 20 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, tuduhan UMNO Rasis adalah tidak munasabah kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih kuat berpegang kepada konsep perkongsian kuasa.

12027778_1659909434256397_7061850675449989567_nJelasnya lagi, UMNO dan BN sentiasa percaya kepada konsep kepelbagaian dalam pentadbiran untuk berkongsi kuasa.

Beliau juga menafikan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu adalah rasis.

“Konsep berkongsi kuasa ini dipegang kuat oleh BN. Yang kita tidak boleh terima adalah penghinaan terhadap orang Melayu.

“Seperti contoh bangunan ini (bangunan baru UMNO bahagian Muar)…. Bilik BN juga ada di sini. Jadi kita tidak rasis,” ujarnya dalam ucapan perasmian bangunan baru UMNO Muar, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, UMNO adalah sebuah parti yang ada kekuatan dan kekuatan itulah yang memperteguhkan parti.

“Apa yang memperkuatkan parti? Yang memperkuatkan parti adalah roh perjuangan parti. Jangan kita berpolitik sesama sendiri. Jangan kerana marahkan nyamuk rumah pula yang nak dibakar.

“Inilah yang kita kena jaga.. Warisan kita.. mewarisi roh perjuangan UMNO… Kita perlu terus melangkah ke hadapan dan jangan sibuk nak cari salah sana sini,” ujarnya lagi.