Terima Papan Tanda Baharu

Terima Papan Tanda Baharu

 

Muar, 20 September–Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan papan tanda baharu Cawangan UMNO kepada Ketua UMNO Cawangan Muarlite, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah yang mewakili Ketua-ketua UMNO Cawangan pada majlis Perasmian Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini petang ini. Turut bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim.