PM Mengadap Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 20 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.

Beliau, yang dijadualkan merasmikan bangunan UMNO Muar petang ini, mengadap Sultan Ibrahim kira-kira sejam selepas difahamkan masuk ke istana kira-kira 11.30 pagi.

Difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir dalam pertemuan tersebut.