Struktur Parti Jayakan Agenda UMNO Fokus Kepada Rakyat

JOHOR BAHRU, 19 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Hj Maulizam Bujang melihat usaha dan iltizam UMNO yang terus memberi fokus kepada pembelaan rakyat adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan.

Namun ujar beliau hari ini parti berkenaan perlu melihat serta mencari strategi terbaik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin terhadap rakyat kerana setiap masa rakyat menilai dengan mendalam.

Unknown“Ya betul… fokus utama kita adalah kepada rakyat kerana kekuatan kita adalah struktur parti yang cukup mantap hingga di peringkat akar umbi. Kita ada kekuatan dan kelebihan di peringkat sana.

“Kelebihan itulah membolehkan kita terus memberi fokus sepertimana yang ditekankan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Malah itulah tugas dan tanggungjawab kita di DUN Tiram ini.

“Kita sentiasa mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat. Kita kena ingat apa tugas kita dan apa tanggungjawab kita. Sebab itu bagi kita melaskanakan amanah rakyat adalah satu keutamaan.

“Jadi apa yang ditekankan oleh Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebelum ini akan diteruskan. Kita ada kelebihan Cumanya strategi yang kita laksanakan perlulah yang terbaik,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO akan terus memberi fokus kepada pembelaan rakyat sejajar dengan parti yang menunjangi kerajaan.

Menurut beliau soal gerak kerja untuk rakyat khususnya menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka adalah perkara utama selain usaha-usaha untuk membangunkan negara ini.

“Apa yang dikatakan sebagai dekat dihati rakyat hendaklah kita beri fokus termasuklah bajet pada masa akan datang dan saya harap akan dapat cadangan-cadangan yang baik daripada pelbagai pihak untuk dimuatkan dalam belanjawan negara nanti,“ katanya.

Datuk maulizam seterusnya menambah generasi hari ini bukan sahaja melihat kepada apa yang kerajaan laksanakan hari ini dan sebelum ini tetapi ianya jauh melangkau ke depan.

Katanya mereka terutama generasi muda akan melihat dan menilai perkara berkenaan dengan mendalam dan sudah pasti tanggungjawab tersebut merupakan satu perkara yang mencabar.

“Apa pun kita sahut cabaran berkenaan…Perlu diingat UMNO yang menunjangi kerajaan hari ini bukanlah maksum. Jadi sama-sama kita uruskan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

“Begitu juga dalam soal persepsi…kita kena urusakan persepsi sebaik mungkin. Hari ini kadang-kadang benda tak tak betul dah macam betul jadinya. Itulah yang kita kena berdepan dan itulah juga yang kita harapkan rakyat dan membuat penilaian terbaik,” katanya.