Ahli Parlimen Kulai Sepatutnya Hulurkan Bantuan, Bukan Sekadar Tuding Jari – Ali Mazat

KULAI, 19 Sep – Ketika 43000 orang penduduk Bandar Putra, Kulai di dalam kawasan DUN  Bukit Permai mengalami terputus bekalan air sejak tiga hari lalu, Ahli Parlimen DAP Kulai mengambil langkah mudah dengan menyalahkan pihak SAJ yang beliau dakwa lewat dan gagal menghantar bekalan air secukupnya kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

20150919032519Ahli Dewan Undangan Bukit Permai, Ali Mazat berkata, permasalahan yang berpunca dari paip utama patah akibat kerja – kerja projek oleh pihak pemaju di hadapan IOI Mall adalah permasalah luar biasa yang boleh dikategorikan sebagai bencana kerana bekalan air telah terhenti secara tiba-tiba.

Makanya tindakan yang perlu diambil hendaklah luarbiasa secara kerjasama antara saya, SAJ dan juga pihak pemaju.

“Sikap Ahli Parlimen DAP yang hanya menyalahkan SAJ sangat tidak berseseuaian dan melihatkan betapa beliau tidak sensitif dengan permasalah masyarakat.

Saya juga menegaskan , pemaju hendaklah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu pihak SAJ membekalkan air keseleruhan kawasan kerana mereka yang terlibat adalah pelanggan pemaju yang membeli rumah,” ujarnya kepada media selepas meninjau kawasan paip utama yang pecah yang menyebabkan 43,000 penduduk Kulai terputus bekalan air sejak 3 hari lalu.

Hasil perbincangan inisiatif YB Ali, pemasangan paip baru djangkakan siap selewat-lewatnya pada Isnin petang minggu hadapan. Jika gagal , pihak penduduk tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju. Ini adalah hasil perbincangan antara penduduk, pihak pemaju dan beberapa agensi terlibat.

“Saya menyangkal dakwaan Ahli parlimen DAP yang semata-mata menyalahkan SAJ sahaja. Malah saya amat berterimkasih kepada pihak SAJ yang menghantar bekalan air selama tiga hari tanpa henti. Beliau sepatutnya turun ke kawasan bersama-sama bagi menyelesaikan masalah masyarakat.

Sehubungan ini jugak saya terpanggil untuk mengadakan sidang media bagi membetulkan persepsi yang sedang di mainkan oleh pihak pembangkang,” tambahnya lagi.