UMNO Fokus Pembelaan Rakyat…Itulah Beza Antara BN Dan Pembangkang – Ali Mazat

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Itulah yang membezakan antara UMNO berbanding parti-parti pembangkang yang lebih gemar berpolitik sepanjang masa dan sering mencari kekurangan pihak lawan.

Menerusi Barisan Nasional (BN), UMNO terus memberi keyakinan kepada rakyat dengan melihat dan merasai denyut nadi pembelaan rakyat selain keutamaan membangunkan negara ini.

20150916172147Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Yb Ali Mazat yang mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri semalam yang menyebut parti itu akan terus memberi fokus kepada pembelaan rakyat sejajar dengan parti yang menunjangi kerajaan.

“Dalam apa jua situasi dan dalam apa jua senario keutamaan adalah kepada rakyat. Kita sedar dan tahu tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami sebagai peneraju kerajaan dan juga tugas sebagai wakil rakyat adalah membantu dan menyelami mereka.

“Itulah yang kita praktikkan dan begitulah yang kita amalkan di kawasan DUN Bukit Permai ini. Segala permasalahan rakyat insya Allah akan menjadi keutamaan kepada kita untuk selesaikan sebaik mungkin.

“Dan kita juga penuh percaya di peringkat pusat, kepimpinan negara seringkali memikirkan yang terbaik untuk dilaksanakan kepada seluruh rakyat selain membangunkan ekonomi dan juga aspek-aspek lain. Itulah cabaran dan dugaan sebagai parti pemerintah,“ katanya kepada di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah pembangkang hanya ingin mencari kelemahan serta kekurangan yang ada pada kerajaan untuk kepentingan politik mereak semata-mata.

Malah tegas beliau setelah menjadi kerajaan negeri pun, kerajaan pusat yang ditunjangi BN terus menjadi sasaran termasuklah kepimpinan utama UMNO dan BN yang lain.

“Sebab itulah kita katakan ianya sebagai dugaan dan cabaran. Kita sedar dan faham menjadi pemegang amanah kepada rakyat dan masyarakat setempat bukanlah perkara yang boleh main-main sebaliknya perlu iltizam dan keyakinan serta pelaksanaan yang perlu dizahirkan sebaik mungkin.

“Rakyat adalah keutamaan kita…percayalah kerajaan sama sekali tidak akan menzalimi apatah lagi membebankan mereka. Dan kita seboleh-bolehnya menjadi jambatan yang terbaik untuk rakyat dan kerajaan. Insya Allah,“ katanya.