Kehadiran Parti Amanah Makin Menjadikan Pakatan Pembangkang Haru Biru

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kehadiran Gerakan Harapan Baru (GHB) menerusi Parti Amanah Negara (Amanah) di dalam pakatan pembangkang dilihat tidak memberi nilai tambah sebaliknya menjadikan pakatan berkenaan makin kucar-kacir dan caca merba.

Exco Puteri UMNO, Norrulhuda Marsidin berkata perkara berkenaan dapat dilihat setelah berlaku pertembungan pendapat antara pimpinan yang menyertai kumpulan Amanah dengan rakan sekutu pembangkang yang lain berkenaan posisi Pas di dalam pakatan pembangkang baru kelak.

20150919034631Menurut beliau keadaan itu tentunya merumitkan keadaan untuk parti-parti pembangkang menggerakkan gabungan pakatan baru setelah lahirnya parti Amanah pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu yang tewas secara pukal bersama kawan-kawannya yang lain di dalam pemilihan parti itu sebelum ini.

“Ada yang melihat Pas tidak perlu berada di dalam pakatan baru yang akan digerakkan nanti dan ada pula yang melihatnya sebagai keperluan untuk parti berkenaan berada di dalam gabungan berkenaan.

“Tentunya senario dan satu keadaan yang cukup menggetirkan buat parti pembangkang untuk berdepan hakikat tersebut. Mana tidaknya…sebelah pihak melihat ada keperluan…sebelah pihak lagi kata tidak perlu…jadi nak pakai yang mana.

“Akhirnya tergantung dan sudah pasti mewujudkan satu lagi krisis di dalam gabungan berkenaan. Belum wujud pakatan baru dan nampak bunga-bunga krisis baru yang bakal meletus,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Labis seterusnya menambah apa jua keadaan dan apa jua krisis yang melanda parti pembangkang bukanlah satu kelebihan kepada parti pemerintah khususnya UMNO dan Barisan nasional (BN).

Sebaliknya ujar beliau ia adalah satu signal kepada rakyat bahawa apakah itu yang mahu diharapkan untuk menjaga kebajikan serta menerajui negara.

“Belum apa-apa dah nampak bibit-bibit krisis…macammana nak tumpu kepada soal dasar dan soal kepentingan rakyat dan negara. Jadi sebab itulah kita melihat kehadiran parti baru di dalam pakatan pemabngkang tidak memberi apa-apa nilai tambah. Makin caca merba dan huru-hara pula jadinya,” ujarnya.

Dilaporkan Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan untuk memasukkan Pas dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa berkata langkah itu tidak realistik kerana kemasukan Pas tidak diyakini akan membawa permuafakatan dan menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

Namun Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan menepis bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak mahu memasukkan Pas dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 seperti yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itu pandangan dia,” katanya merujuk kenyataan jurucakap Amanah Mohamed Hanipa Maidin, sebelum ini.

 

Sumber-MediaUMNO