Saya Ahli UMNO Totok – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 9 Sept — “Saya ahli UMNO totok”.Demikian reaksi Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya mengenai pendiriannya terhadap parti selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dipengerusikan, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

20150909181454

Ia merupakan mesyuarat MT UMNO pertama selepas rombakan Kabinet 28 Julai lepas yang menyaksikan Muhyiddin tidak lagi menjadi timbalan perdana
menteri.

Ditanya mengenai perjalanan mesyuarat hari ini, Muhyiddin berkata ia berjalan dengan baik.

Usaha pemberita untuk mendapatkan komen lanjut daripada Muhyiddin tidak berjaya selepas beliau bergegas menaiki kenderaannya meninggalkan perkarangan bangunan itu.