Pecah Tanah Coopcity Bandar Penawar Kota Tinggi

11224742_10153337191243173_1330205599650236507_n

 

KOTA TINGGI – Datuk Seri Mohamed  Khaled Nordin, Menteri Besar Johor menyempurnakan pecah tanah Coopcity  di Bandar Penawar, Kota Tinggi – projek pembangunan perumahan dan komersial berkeluasan 60 ekar berkonsepkan coopcity yang pertama di Malaysia. Ianya adalah model bandar koop yang diperkenalkan oleh Angkasa Negeri Johor yang turut melibatkan beberapa koperasi induk seperti KOPETI, KOPSYA dan pihak berkuasa KEJORA yang mempunyai ahli dari masyarakat tempatan dari kawasan sekitar.