Kenyataan Dakwa DYMM Sultan Johor Titah UMNO Henti Perdaya Rakyat Satu Fitnah – MB

JOHOR BAHRU, 1 Sep – Kerajaan Negeri Johor hari ini menafikan kenyataan yang disebarkan di media sosial baru-baru ini tentang dakwaan bahawa kononnya DYMM Tuanku Sultan Johor bertitah mengenai parti UMNO yang perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah.

20150906174552Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menegaskan Tuanku Sultan tidak pernah menulis atau bertitah sedemikian rupa dan beliau telah dititahkan oleh Tuanku Sultan Johor untuk menafikan sekeras-kerasnya kesahihan kenyataan itu.

“Tindakan penyebaran fitnah itu berniat jahat, semata-mata untuk melaga-lagakan hubungan baik yang sedia terjalin di antara pihak Istana Johor dan kerajaan.

Susulan akan dibuat bagi mengenalpasti pihak-pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu dan tindakan perundangan akan diambil oleh kerajaan negeri.

Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan dari pihak Penasihat Undang-Undang negeri berhubung isu ini,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.