Bersih 4.0 Adalah Satu Sabotaj kepada Negara – Sahrihan

LEDANG, – 30 Ogos – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Sahrihan Jani berkata, penganjuran demonstrasi Bersih yg kini masuk siri ke empat di lihat sebagai tidak memberi sebarang manfaat dan faedah kepada negara dan majoriti rakyat.

Malah ujarnya, penganjuran kali ini dilihat lebih kepada sabotaj terhadap segala persiapan dan persediaan negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-58.20150901081607

“Pada saat negara kita sedang bersedia untuk menyambut satu perayaan yang cukup besar pengertiannya, ada pihak pula mengheret rakyat ke jalanan demi kepentingan peribadi. Kononnya mahukan keadilan tetapi mereka berselindung di sebalik makna keadilan itu sendiri.

“Ini adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak patriotik. Oleh itu saya menyeru golongan muda agar jangan terpengaruh dengan agenda jahat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Kita tidak mahu anak-anak muda bakal pemimpin Negara ini terus diperalatkan oleh mereka yang berkepentingan dan cuba menangguk di air keruh,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah beliau, memandangkan iklim politik dan ekonomi masa kini agak tidak stabil maka seharusnya semua rakyat Negara ini menuju kepada penyatuan jiwa mengharungi kepayahan demi terus mempertahankan kedaulatan negara.

Anak-anak muda khususnya harus mengambil semangat kemerdekaan yang dicapai 58 terdahulu dan mengisinya dengan peningkatan jatidiri serta membulatkan tekad dan iltizam untuk terus memajukan tamadun bangsa dan negara.

“Bersih 4.0 hanya membuang masa dan merugikan negara.. saya berharap agar pihak berkuasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan bertegas mengambil tindakan demi memelihara keselamatan umum dan ketenteraman awam,” ujarnya lagi.