UMNO Batu Pahat Agih 12,000 Jalur Gemilang Kepada Orang Ramai

BATU PAHAT, 28 Ogos  — UMNO Batu Pahat mengagihkan 12,000 bendera Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di sini.

11888051_10153571396413609_2525014706779475648_nKetua UMNO Bahagian Batu Pahat merangkap Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pengagihan itu yang melibatkan kos RM170,000 diserahkan kepada 54 kampung, 14 (sekolah menengah), 44 (sekolah jenis kebangsaan) dan 30 sekolah agama di bawah Parlimen Batu Pahat.

Menurutnya, UMNO juga memberikan 100 bendera kepada pengguna motosikal untuk dikibarkan di kenderaan masing-masing.

“Kami berharap mereka akan memasang bendera ini sebagai menunjukkan semangat kecintaan kepada negara,” kata Mohd Puad selepas merasmi dan melancarkan pertandingan Instagram #Sehati Sejiwa serta pengagihan bendera Jalur Gemilang di Dataran Penggaram,” semalam.

Mengenai peraduan itu, Mohd Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata ia merupakan pendekatan JASA untuk menggalakkan rakyat yang celik teknologi maklumat mempamerkan kreativiti menggunakan media baharu untuk tujuan positif.

Pertandingan kali kedua itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dari 23 Ogos hingga 13 Sept depan.

Setiap gambar dan video yang dimuat naik harus disertakan dengan huraian kapsyen menarik dan Hashtag yang ditetapkan iaitu #im58, #SehatiSejiwa @instamerdeka.

 

20150829202407