BATU PAHAT, 27 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO< Datuk Dr Puad Zarkashi mengedarkan 12,000 Jalur Gemilang di Dataran Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada sekolah sekolah dan kampong dalam Parlimen Batu Pahat. Bendera adalah simbol perjuangan, integriti, maruah, kesayangan, pengorbanan, kesatuan, kecekalan dan kebersamaan. Mengebarkannya terutama sempena hari kemerdekaan akan menyemarakkan lagi rasa patriotisme di kalangan rakyat terhadap negara.