Setia Dan Bermuafakat Mendasari Perjuangan Parti Keramat UMNO – Fadzli Hasan

KOTA TINGGI, 28 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi melihat dua perkara yang mendasari parti keramat kita , parti UMNO ialah setia dan muafakat. Setiap ahli dialu-alukan memberi nasihat tetapi biarlah ikhlas dan santun, nasihat ketuanya, Muhammad Fadzli Hasan.

Tambahnya, begitu juga dengan pemimpin, terimalah setiap teguran dan pandangan dengan hikmah dan bijaksana. Tidak salah untuk kita meraikan perbezaan pendapat demi memastikan UMNO terus relevan.20150829202353

“Bermuafakatlah dalam menyelesaikan apa jua permasalahan. Hanya dengan bermuafakat sahaja kita mampu mengukuhkan ukhuwah dan solidariti antara ahli UMNO dan pemimpin.”

“Saya bimbang kalau kita terlekat emosi, cerita politik hari ini, enggan keluar dari rantai polemim pimpinan atasan, akhirnya suara keperluan kita nanti keciciran. Perihal isu mutakhir melibatkan pemimpin-pemimpin parti, kita sedia maklum, sudah terlalu ramai membicarakannya”

“PM pun dah dengar suara tuntutan perubahan, TPM baru pun tidak mahu sekadar ambil jawatan, dia pun mahu berjasa. Tan Sri Muhyiddin pun kita dah jelas pandangannya. Menteri Besar juga dah mengingatkan setia nakhoda nan satu,” ujarnya mengulas keperluan ahli UMNO untuk terus memperkukuhkan perpaduan di kalangan ahli di peringkat akar umbi.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak ahli UMNO khususnya di peringkat Pergerakan Pemuda Kota Tinggi untuk terus bergerak ke hadapan dan fokus kepada hal berkaitan keperluan ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhannya.

“Kita kena fokus bersatu , bermuafakat memastikan UMNO terus relevan untuk PRU14. Jangan biarkan itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.com