PM Didesak Gugurkan Keanggotaan Kabinet Ketua Pemuda MCA- Salleheen

SEGAMAT, 28 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sekijang hari ini melahirkan rasa amat  kecewa terhadap YB Senator Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang seharusnya tidak menyebelahi pihak pembangkang dalam penganjuran Bersih 4.0 semata-mata untuk meraih sokongan pengundi Cina.20150828095234

Ketuanya, Haji Salleheen Hj Mohamad , dengan tegas berkata tindakan itu tidak patriotik kerana membenarkan ahli Pemuda MCA menyertai Bersih 4.0 dimana kita semua tahu yang tujuan ianya diadakan untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan beliau tidak bersama-sama dalam kepimpinan BN.

Kamu jangan lupa diri kerana jawatan yang disandangkan sekarang ini  adalah atas lantikan YAB Perdana Menteri,” ujar  beliau yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, Briged Kesatria Muda Johor mendesak Pengerusi BN , YAB Perdana Menteri  mengambil tindakan tegas termasuk menggugurkan keanggotaan beliau sebagai anggota kabinet.

“Sepatutnya beliau bersama ahli pemuda MCA menggandakan gerakkerja mereka dalam meningkatkan sokongan rakyat khususnya kaum Cina  kepada BN dan bukannya terang-terangan bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Briged Kesatria Muda, Armand Azha Abu Hanifah menyanggah kenyataan populist YB Senator Choon Sin Woon yang menyeru Pemuda MCA turun menyokong BERSHIT. Sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan yg kurang cerdik atau bodoh dlm kenyataan beliau.20150828074008

“Sebagai Timbalan Menteri yang dilantik seharusnya beliau memikirkan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang akan menyambut hari ke Merdekaan Malaysia ke 58.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda MCA ini jelas menunjukkan kenyataan populist dan tidak selari dengan keputusan barisan kabinet.

Pada YB Senator Choon Sin Woon sudah belajar ker mengenai akta perhimpunan aman yang dilulus di Parlimen atau sekadar boneka alat populist yang giler publisiti,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.