Hargai Kesetiaan Ahli Terhadap Kepimpinan Parti

KULAI, 27 Ogos –  Di sebalik tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhahap kepimpinan parti UMNO dan kerajaan hari ini, namun semangat kesetiaan yang ditunjukkan ahli UMNO di peringkat akar umbi harus kita banggakan khususnya dalam usaha kita memantapkan parti keramat kita ini, ujar Naib Ketua UMNO Bahagian Kulai, Dato’ Mohd Jafni Shukor .

IMG-20150819-WA0086“Memang tidak dinafikan ada segelintir yang mudah percaya dengan sebaran berita berbaur fitnah yang berleluasa terutamanya di media sosial. Saya nasihatkan agar setiap berita yang dibaca hendaklah diselidiki kesahihannya agar kita tidak terjerumus dalam dosa menfitnah juga sebagai penyebar fitnah.”

“Namun saya percaya selagi semua ahli UMNO memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan parti, percayalah, kemelut, dugaan dan cubaan yang kita lalui hari ini akan terbukti bahawa ia hanyalah dugaan dan cabaran.

“Kita mesti membawa kekuatan parti untuk menyokong Presiden UMNO terutama pada saat beliau menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,” ujarnya mengulas isu semasa yang melanda kepimpinan parti yang berlaku hari ini.

Namun dalam masa yang sama, beliau juga berharap agar pemimpin parti memandang serius permasalahan ahli UMNO di peringkat akar umbi serta rakyat amnya di luar bandar yang semakin terasa akan kenaikan kos sara hidup.”

“Mereka inilah yang setia menyokong parti keramat ini tanpa berbelah bahagi.”

“Alangkah baiknya jika pemimpin dapat membalas kesetiaan mereka ini dengan membantu kos sara hidup dan meringankan beban yang mereka hadapi,” tambahnya yang juga Ketua WHIP Majlis Perbandaran Kulai.