Rakyat Johor Tidak Mudah Terjebak Dengan Tohmahan Songsang – ADUN Tiram

JOHOR BAHRU, 26 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Hj Maulizam Bujang yakin rakyat negeri ini tidak akan mudah terpengaruh dan mudah terjebak dengan pelbagai kempen oleh pihak tertentu yang giat memperomosi usaha mereka termasuk Bersih 4.0 di negeri selatan tanah air itu.

photo_2015-08-26_00-14-05Menurut beliau usaha berkenaan adalah agenda sesetangah pihak untuk memburuk-burukkan kerajaan serta meracuni pemikiran rakyat agar bersama dengan mereka bagi menjayakan niat dan agenda yang tersembunyi semata-mata.

“Apa yang mereka nak pertikaikan pun samar-samar. Saya harap rakyat tidak akan mudah terikut-ikut dengan sebarang rentak yang hanya merugikan masa semata-mata. Apa motif mereka sebenarnya.

“Mereka boleh melemparkan pelbagai tohmahan dan pelbagai maklumat yang tidak tepat namun akhirnya rakyat yang akan tentukan kelak. Sebab itulah kita perlu tapis segala maklumat yang disampaikan itu untuk mengelakkan kita terjebak dengan perkara yang merugikan semata-mata,“ katanya kepada UMNO-Johor.com di, sini, hari ini.

Mengulas lebih lebih lanjut beliau yang juga Ketua UMNO Tebrau seterusnya menambah apa yang penting hari ini adalah soal kesepakatan serta soal perpaduan yang jitu dikalangan rakyat.

Tegas beliau rakyat dan kerajaan semestinya berkait rapat dan sokongan daripada masyarakat amat diperlukan dalam usaha membantu melicinkan lagi usaha dan perancangan yang akan dilaksanakan kelak.

“Jadi saya amat berharap kita tidak terikut-ikut dengan emosi yang dibangkitkan oleh sesetangah pihak di negeri ini. Kita sama-sama berfikir dan perlu bertindak lebih matang untuk melangkah dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Apa pun segala-galanya terletak di tangan kita semua. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, terpulang. namun sepertimana yang saya katakan tadi usaha berkenaan mungkin satu perkara yang merugikan semata-mata. renung-renungkanlah,“ katanya.