JDTII, ATM Layak Ke Piala Malaysia 2015

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam ini.

11935001_515591315270839_8137069875203046539_nATM menewaskan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix menerusi kemenangan selesa 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu gagal membuat penampilan dalam saingan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut.

Penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam muncul wira pasukan ATM menerusi dua jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti dan gol padang pada minit ke-62 serta gol daripada Abdul Shukor Jusoh pada minit ke-38.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan JDT II menerima tentangan sengit daripada pasukan Liga Super, Sime Darby FC sebelum menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Shafiq Shaharudin pada minit ke-45 perlawanan.

Kemenangan malam ini menyaksikan ATM dan Sime Darby FC mengiringi 14 pasukan lain iaitu 10 pasukan Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana untuk majlis undian kumpulan Piala Malaysia 2015 di salah sebuah hotel terkemuka di
Petaling Jaya, Khamis ini.

Senarai pasukan Piala Malaysia 2015:
————————————-
Pasukan Liga Super:Johor Darul Ta’zim, Pahang, Selangor, Terengganu, Felda
United, Polis Diraja Malaysia, Lions XII, Perak, Kelantan, Sarawak.
Pasukan Liga Perdana:Kedah, Pulau Pinang, T-Team, PKNS FC
Pemenang perlawanan kalah mati:ATM dan Johor Darul Ta’zim II.