Pameran Kerjaya Berasaskan Sektor

 

MUADZAM SHAH, 19 Ogos — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (tiga kanan) beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang mencari maklumat peluang pekerjaan selepas merasmikan Pameran Kerjaya Berasaskan Sektor di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Rabu. Pameran kerjaya ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar khususnya bakal siswazah membuat penilaian dan mengenal pasti maklumat pekerjaan yang mereka minati.