Tidak Rugi Sertai Koperasi – Hasni

PONTIAN 16 Ogos – Penduduk luar bandar diminta menyertai koperasi bagi menambah sumber pendapatan dan meningkat ekonomi keluarga untuk jangka masa panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pelbagai aktiviti serta kegiatan boleh dilakukan sekiranya mereka menyertai koperasi termasuk menceburi bidang ternakan, industri asas tani, perkhidmatan dan pengangkutan.

imageMenurutnya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menubuhkan Koperasi Luar Bandar Malaysia Berhad (Koop Luar Bandar) yang bertujuan membantu mereka yang berminat.

“Peluang ini perlu direbut penduduk luar bandar supaya mereka turut sama menjayakan penubuhan Koop Luar Bandar yang banyak memberi manfaat kepada semua,” katanya selepas merasmikan Karnival Mini Pemerkasaan Ekonomi Melalui Koperasi 2015 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Pontian, Kamarudin Abdullah; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Muridan Elias; Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Suhairi Hashim dan Pegawai Suruhanjaya Koperasi Wilayah Pontian, Rosdi Senan.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, ketika ini terdapat 78 koperasi berdafar dengan SKM Pontian dengan keahlian seramai 29,655 yang melibatkan beberapa kategori se- perti sekolah, kakitangan kerajaan, nelayan, pekebun kecil, pesara dan masyarakat luar bandar dengan nilai aset berjumlah RM34.95 juta.

Beliau turut mencadangkan supaya koperasi tersebut bergabung bagi mengukuhkan sumber kewangan mereka serta menarik lebih ramai menyertainya serta menjalankan kegiatan ekonomi yang lebih besar.

Bagaimanapun, beliau berharap setiap koperasi diurus tadbir dengan baik bagi memastikan ahli-ahli terus menaruh kepercayaan kepada pihak pengurusan supaya tiada sebarang masalah yang timbul.-Utusan