‘Saya tidak tahu apa yang dibincangkan’

JOHOR BAHRU, 3 Ogos – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada Ahad lalu.

11836915_10153255363523173_5915024934987730041_nKatanya, pertemuan itu berlangsung secara tertutup antara mereka berdua sahaja, lapor Astro Awani.

“Setengah jam pertama Tuanku bersama Tan Sri Muhyiddin di bilik bacaan.

“Pertemuan lebih kepada kunjungan hormat Tan Sri Muhyiddin kepada Tuanku untuk menjunjung kasih sepanjang dia (Muhyiddin) berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Jadi bila beliau (Muhyiddin) sudah habis berkhidmat , beliau datang berjumpa Tuanku sampaikan terima kasih dan sebagainya. Dan saya dijemput untuk hadir bersama, tetapi sebelum itu mereka berbual berdua dahulu, dan tiba masa minum barulah ada bersama, tetapi Permaisuri dan Puan Sri ada bersama, jadi kita tidak berbual politik,”  jelas Khaled lagi.

Khaled ditemui semasa ditemui selepas merasmikan program Pembangunan Keusahawanan Belia Wilayah Iskandar Malaysia di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

Ahad lalu, Muhyiddin bersama isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman menghadap Sultan Johor. – Sinar