Wan Azizah Tersepit: Sedia Kerjasama Dengan Pas Dan Dap

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap melihat kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) dan meneruskan komitmen persahabatan dengan Pas merupakan kenyataan mereka yang tersepit dan lemah.

Menurut beliau amat jelas PKR selama ini bertenggek serta menumpang populariti dan kekuatan di bahu Pas dan juga rakan sekutunya DAP di dalam pakatan pembangkang untuk bergerak ke seluruh negara bagi meneruskan kelangsungan parti berkenaan di dalam arus politik negara.photo_2015-08-01_23-10-53

“Sebab itu kita tidak hairan dengan kenyataan berlapik sedemikian rupa dengan harapan untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak. Maklumlah selama ini bertenggek di bahu kedua-dua parti berkenaan.

“Dan sudah tentunya untuk melangkah ke depan termasuklah mempertahakan kedudukan PKR sebagai peneraju kerajaan negeri Di Selangor, kenyataan sedemikian rupa yang penuh berlapik di lontarkan.

“Cuma yang peliknya sehingga kini tidak ada kenyataan rasmi daripada PKR dalam kemelut yang melanda antara Pas dengan Dap. Apakah kenyataan tersbeut kenyataan rasmi… Yang kita nampak sekadar kenyataan sedemikian rupa semata-mata,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

Dilaporkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu sedia bekerjasama dengan GHB dan pada masa sama, meneruskan komitmen persahabatannya dengan parti Pas. Kata Wan Azizah, PKR memerlukan kerjasama semua ahli politik yang mempunyai agenda perjuangan yang sama tanpa mengira parti.

Anuar seterusnya menegaskan PKR kini berada di dalam keadaan dan kedudukan tersepit setelah mula sedar bahawa pakatan pembangkang seolah-olah didominasi oleh sekutunya sahaja iaitu Dap.

“Jika dulunya PKR menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan dominasi mereka di dalam pakatan pembangkang. Hari ini dengan lahirnya kenyataan daripada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, secara peribadi saya lihat mereka dilihat lemah….

“Tidak lagi seperti dulu…tambaha pula dengan kehadiran GHB rasanya bakal menambahkan lagi kekalutan di dalam PKR. Kta tengok apa lagi episod serta kenyataan baru daripada PKR,” katanya.

Katanya lagi apakah kenyataan daripada Wan Azizah sekadar untuk menyedapkan hati rakan sekutunya itu semata-mata kerana sebelum ini difahamkan satu kerjasama baharu akan dijalankan antara pembangkang, termasuk bersama kumpulan progresif tidak lama lagi.

Sebelum ini dilaporkan juga Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan setelah didapati bersalah atas kesalahan liwat, mengumumkan bahawa satu kerjasama baharu akan dijalankan antara pembangkang, termasuk bersama kumpulan progresif tidak lama lagi.

Menerusi peguamnya Anwar berkata, pihaknya kini sedang memperkukuhkan pakatan tersebut yang bakal disertai pemimpin Pas yang menubuhkan GHB.