BANDAR TENGGARA, 15 Julai– Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara telah menganjurkan Jelajah Sahur Pemuda Tenggara yang merupakan tahun pertama pelaksanaannya.
Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim berkata, program ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memberikan sumbangan kepada 33 penerima dalam Pemuda Cawangan Zon 1,2 & 9 disamping dapat melakukan ziarah terhadap golongan yang memerlukan perhatian.
“Zon 1 melibatkan Pemuda Cawangan Sri Kembaran, Taman Sayong Pinang dan Bandar Tenggara. manakala zon 2 melibatkan Pemuda cawangan Muhibbah,Sinar Harapan, Felda Sungai Sibol dan Felda Pengeli Timur dan zon 9 melibatkan Pemuda Cawangan Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja, Felda Bukit Besar dan Felda Bukit Ramun.
Program Jelajah Sahur Pemuda Tenggara merupakan program kesinambungan dari program siri pertama yang diadakan di masjid Kg. Baru Sg Telor dan dan siri kedua di Surau Taman Ahmad Kemang,“ ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO negeri Johor
Tambahnya, program ini dilaksanakan bagi mengeratkan ikatan ukhuwah antara Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan 33 cawangan pemuda dalam bahagian Tenggara dan akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.
“Kita berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat memberi sedikit kegembiraan pada mereka dalam menyambut syawal yang akan menjelang tiba disamping dapat menghayati kemuliaan bulan Ramadhan,” tambahnya.