Rumah Terbuka MB Johor Pada 1 Syawal

JOHOR BAHARU, 13 Julai  — Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya pertama, yang dijangka Jumaat ini.

1170716_430261163753946_957060783_nSetiausaha Akhbar Menteri Besar Johor Ahmad ‘Asri Khalbi berkata majlis itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana di sini bermula 10.30 pagi hingga 3.30 petang.

Rakyat dan pelancong dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.