Perangi Aedes Bersama Sukarelawan 1M4U Politeknik Metro

 

JOHOR BAHARU, 12 Julai — Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat meninjau perkarangan rumah penduduk kampung yang berselerak dengan barang terpakai ketika program memerangi denggi bersama sukarelawan 1M4U Politeknik METRO di Kampung Melayu Majidee semalam. Turut hadir Penolong Pengarah Kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru Dr Muhamad Khairi Sulaiman (kiri). Masyarakat setempat diminta mengurus sampah dengan baik susulan tiga kematian baru akibat demam denggi dicatatkan dalam tempoh seminggu ini di daerah ini.