Kagawa Ketuai Barisan Pemain Borussia Dortmund Menentang JDT Di Larkin

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Pemain tengah Jepun Shinji Kagawa akan mengetuai barisan bintang Borussia Dortmund menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan persahabatan antarabangsa pertama antara kedua-dua kelab berkenaan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin, malam esok.

KagawaKagawa, bekas pemain Manchester United, adalah antara 27 pemain disenaraikan oleh juara lapan kali Bundesliga Jerman itu pada perlawanan di Malaysia dalam Jelajah Asia 2015, selepas pasukan itu membelasah kelab Liga-J, Kawasaki Frontale 6-0 dalam perlawanan pra-musim pertama mereka.

Kelab Jerman itu yang juga dikenali sebagai BVB, menampilkan aksi cemerlang  di hadapan 24,650 penyokong fanatik di Stadium Todoroki pada Selasa lepas, yang mana Kagawa dan Pierre-Emerick Aubameyang, masing-masing mempamerkan kehebatan, dengan gol lain turut dijaringkan oleh Maruoka dan Stankovic.

“Borussia Dortmund tiba di Singapura hari ini untuk perlawanan pra-musim kedua Jelajah Asia mereka. Selepas satu malam di bandar raya itu, BVB akan ke Johor Baharu esok untuk sesi bertemu penyokong Malaysia di Kedai Puma di Komtar, JBCC (2.30-3.15 petang) dan Kedai Sukan Al-Ikhsan di Bandar Baru Uda (2.30-3.30 petang).

“Pasukan itu akan beraksi di hadapan lebih 30,000 penonton pada perlawanan menentang Harimau Selatan pada 9.45 malam esok. Perlawanan itu berlangsung hasil perjanjian kerjasama antara JDT dan BVB pada 2014,” kata JDT dalam kenyataan.

Perjanjian itu menyaksikan kedua-dua kelab berkenaan berkongsi maklumat dalam aspek kejurulatihan dan latihan serta pertukaran pemain pada masa hadapan, demi pembangunan bola sepak dalam kalangan remaja di Johor.

Pemain Borussia Dortmund lain yang akan beraksi pada perlawanan persahabatan itu termasuk Mats Hummels, Henrikh Mkhitaryan, Marco Reus, Gonzalo Castro, Jeremy Dudziak, Mitsuru Maruoka, Jon Stankovic dan Matthias Ginter.

11232230_494999433996694_5365500480291696669_n

Barisan pemain
————–
Borussia Dortmund:
Pierre-Emerick Aubameyang, Sven Bender, Jakub Blaszozykowski, Hendrik
Bonmann, Gonzalo Castro, Jeremy Dudziak, Erik Durm, Matthias Ginter, Kevin
Grosskreutz, Mats Hummels, Ciro Immobile, Shinji Kagawa, Kevin Kampl, Oliver
Kirch, Mitch Langerak, Mitsuru Maruoka, Henrikh Mkhitaryan, Sokratis
Papastathopoulos, Lukasz Piszczek, Adrian Ramos, Marco Reus, Nuri Sahin, Marian
Sarr, Marcel Schmelzer, Neven Subotic, Roman Weidenfeller, Julian Weigl.