Berbuka Puasa di Rumah Penerima Bantuan Beri Impak Positif – Zaiton

MUAR, 7 Julai – Program Berbuka Puasa di sembilan rumah penerima bantuan adalah program yang lain dari kebiasaannya.

ADUN Sungai Balang , Zaiton Ismail berkata, penerima bantuan mengalu-alukan kedatangan kami dan mereka sangat gembira. Selain memberi sumbangan wang tunai untuk meringankan perbelanjaan bulan Ramadhan, beliau dan sukarelawan DUN SG Balang juga membawa juadah berbuka puasa untuk sama – sama berbuka dengan keluarga penerima bantuan.

Program yang bermula pada 25 Jun dan berakhir pada 6 Julai memberi kesan positif pada masyarakat setempat dan ianya mengeratkan silaturahim antara pemimpin setempat dan masyarakat khususnya golongan asnaf .

10400052_1072864909442075_3791694369994071712_nProgram kali ini melibatkan 9 keluarga yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ibu tunggal dan warga emas.

“Kami mengadakan majlis tahli dan doa sementara menanti waktu berbuka puasa dan sembang santai, dengan cara ini saya dapat mengetahui masalah yang dihadapi mereka.

“Saya seronok dapat berbuka dengan pemimpin, terimakasih kerana sudi berbuka puasa di rumah saya. Ini kenangan yang paling menarik  dan sangat bertuah apabila dapat memeluk wakil rakyat,” ujar salah seorang penerima bantuan Puan Bainah Marzuki, 70 tahun dari Parit Kassim,Jalan Abdul Rahman, Muar.