Penyokong UMNO Berang Kenyataan Pengarah DAP Johor Hina UMNO

JOHOR BAHARU, 5 Julai — Kira-kira 100 orang penyokong UMNO naik berang apabila Pengarah DAP Johor Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Anggota Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang UMNO kini cuba nak menumbangkan Najib.

Lim Kit Siang & Rombongan Di Halau Di JohorSusulan itu, kira-kira 100 penyokong UMNO yang berada di situ bagi memprotes kedatangan Penasihat DAP yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gelang Patah Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.

Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong UMNO berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan ADUN Johor Jaya Liow Chai Tung.

Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.

Pihak polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya iaitu ‘Walkabout’ di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu.