Rakyat harus berdikari untuk Malaysia bersaing

JOHOR BAHRU, 4 Julai – Rakyat perlu berupaya untuk berdikari dalam memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang kuat, lantas boleh bersaing dan tidak kalah dengan negara lain seperti Singapura.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesebuah negara tidak akan kuat sekiranya rakyat masih menagih bantuan daripada kerajaan untuk membayar dan menyediakan apa sahaja termasuk tempat tinggal, makanan dan minuman dan pakaian.
11403438_10153194663093173_2205927237619835557_n“Akhirnya, negara itu tidak akan menjadi kuat. Jadi, rakyat yang bertanggungjawab…(bentuk) negara manakah yang mereka hendak.
“Kerajaan sentiasa membantu rakyat agar akhirnya mereka dapat menyumbang kepada negara.
Sebab itu, kerajaan melabur banyak dalam sistem pendidikan kerana hanya melalui pendidikan, latihan dan kemahiran sahajalah, kita boleh menyediakan rakyat untuk memainkan peranan menyumbang kepada sebuah negara kuat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan dan pengagihan bubur lambuk kepada 70 penerima yang kurang berkemampuan di Balai Serbaguna, SKIM Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Perjiranan 8, Taman Air Biru, di Pasir Gudang, hari ini.photo_2015-07-08_01-09-37
Mohamed Khaled berkata disebabkan kemudahan seperti pendidikan telah disediakan, maka kini terpulang kepada rakyat sama ada mahu meningkatkan keupayaan mereka atau sebaliknya.
“Ia antara hendak atau tidak hendak sahaja. Kita tidak boleh serah segala-galanya kepada kerajaan.”Dalam zaman kerajaan moden, kerajaan itu hanya ‘kecil’ kerana segala-segalanya termasuk pemerkasaan diberikan kepada rakyat. Rakyat yang putuskan, buat cadangan, mengurus dan sebagainya,” katanya.
Adun Permas itu menambah, jika rakyat sudah mempunyai keupayaan, mereka diyakini akan menjadi rakyat dan individu yang sempurna dalam negara, sekali gus boleh menggalas tanggungjawab dalam membantu golongan lain.