Penangguhan Pemilihan Parti Keputusan Wajar – Ehsannuddin

KOTA TINGGI, 4 Julai – Keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti adalah satu pertimbangan yang wajar dengan senario landskap politik masa kini yang agak dinamik dan panas dengan beberapa isu parti seperti mana yang diketahui ramai.

photo_2015-07-08_01-08-43Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Hj Mohd Harun Narrashid berkata, keputusan tersebut pastilah dibuat setelah diteliti dari segala aspek. Ketika ini adalah lebih baik UMNO fokus memastikan para jentera UMNO dikemaskini bagi menghadapi pilihanraya.

“Parti politik adalah satu medium untuk kita tubuh kerajaan.  Oleh itu fokus UMNO  adalah untuk menang PRU 14 bagi memastikan UMNO khususnya BN berjaya menubuhkan kerajaan. Melalui kerajaanlah kita dapat meneruskan agenda pembangunan bagi kesejahteraan rakyat.

Namun begitu pemilihan parti pasti akan diteruskan kerana ianya adalah satu proses pengukuhan parti. Biasanya ahli ahli UMNO boleh faham dan menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin atasan,” ujarnya.