Najib Hadir Majlis Berbuka Puasa Badan Perhubungan UMNO Johor

JOHOR BAHARU, 3 Julai  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai kira-kira 1,000 anggota UMNO Johor pada majlis berbuka puasa di Saujana, dekat sini, malam ini.

11693952_10153192056223173_7294354830885408581_nNajib yang juga Presiden UMNO, dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba untuk majlis itu di kediaman rasmi Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada kira-kira 7.04 malam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Terdahulu pada sebelah petang, anggota 26 Bahagian UMNO Johor mengadakan Tadarus dan Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan UMNO Johor.