Berbuka Puasa Bersama Mangsa Ribut

set1

KLUANG, 1 Julai – ADUN Mahkota, Md Jais Sarday berbuka puasa dan solat Maghrib bersama mangsa-mangsa ribut di Mesjid Kampung Tengah, Kluang. Antara mangsa ribut yang hadir, Cikgu Sheikh Ali (Ahli PAS) yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Chamek, 30 tahun dulu. Inilah bukti bahawa perbezaan pendapat dan pendangan politik tidak sepatutnya menjarakkan hubungan sesama kita.