“Mesra Ramadhan, Memakmurkan Masjid” – Penyampaian Sumbangan Kepada 260 Ketua Keluarga Fakir Miskin

20150627_183602KOTA TINGGI, 28 Jun – Prihatin dengan keperluan ahli masyarakat sempena bulan Ramadhan 260 ketua keluarga fakir miskin, Parlimen kota Tinggi telah menerima sumbangan persiapan menyambut Aidilfitri dalam program “Mesra Ramadhan, Memakmurkan Masjid”

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban golongan berkenaan. Beliau berkata, program tahunan itu bertujuan menyampaikan barangan keperluan seperti beras, minyak masak dan keperluan dapur bernilai kira-kira RM50 serta wang tunai RM150.

Meskipun nilainya tidak seberapa tetapi ia cukup memberi kegembiraan kepada mereka yang menganggap sebagai ‘rezeki Ramadan’. Bak kata pepatah ‘Berat sama dipikul ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah hati nyamuk sama dicicah’.

“Saya ucapkan terimakasih pada Yayasan Mesra  yang sudi bekerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dalam menjayakan program. Juga kepada FGV sebagai penyumbang utama program tersebut.

Pada majlis berkenaan zakat perniagaan Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Kampung Mawai Baru Berhad berjumlah RM8,600 turut diagihkan kepada 70 penerima terdiri daripada kalangan ibu tunggal dan golongan miskin”.

Beliau berharap program sebegini dapat menjadikan amalan sedekah sebagai satu  budaya yang berkekalan dan ikutan generasi akan datang. Inilah yang membezakan masyarakat  kita dengan masyarakat lain. Saya juga berharap amalan murni ini menjadi ikutan generasi akan datang.