Kenyataan angkuh Lim Kit Siang hanya propaganda

SEGAMAT, 25 Jun – Kenyataan Lim Kit Siang yang menyatakan Johor bukan lagi kubu kuat UMNO saya kira kenyataan yang cukup angkuh, ” tegas ADUN Buloh Kasap, Hajah Norshida Ibrahim.

Ujaarnya, kubu UMNO di Johor masih kukuh walaupun pada pilihan raya umum ke-13 lepas, pakatan pembangkang cuba mengasak tetapi lebih 90 peratus daripada calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menang selesa.

UMNOJOHOR-45-s“Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO, berjaya menguasai majoriti dua pertiga kerusi DUN walaupun pada PRU lepas pembangkang diketuai sendiri penasihat DAP, Lim Kit Siang menyerang hebat Johor, namun UMNO masih lagi menang dengan selesa.

Kenyataan Lim Kit Siang itu sebenarnya hanya propaganda pembangkang, sedangkan kita semua maklum Pakatan Rakyat ini  telah tiada.

Saya cukup yakin UMNO yang dilahirkan di Istana Besar Johor 67 tahun lepas pada 1946, tetap merupakan parti pilihan bagi pengundi Melayu,” ujarnya kepada UMNO-Johor .

Namun tambahnya, UMNO Johor perlu terus berusaha memperkukuh kepimpinan parti dan berusaha tanpa henti menguatkan UMNO, demi memastikan kesinambungan perjuangan pentadbiran BN di peringkat Nasional serta di negeri Johor.