RM12J Bantu Fakir, Miskin : Bantuan Diagih Pertengahan Ramadan

JOHOR BAHRU 23 Jun – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyediakan peruntukan sebanyak RM12.077 juta untuk disumbangkan kepada 23,438 fakir dan miskin di negeri ini bagi persiapan raya tahun ini.

imagePengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, setiap ketua keluarga fakir akan menerima sebanyak RM600 manakala tanggungan sebanyak RM60 serta ketua keluarga miskin menerima RM400 dan tanggungan sebanyak RM50.

“Bayaran kepada kesemua pene­rima ini akan disampaikan melalui amil dan seterusnya akan diserahkan kepada fakir dan miskin pada pertengahan Ramadan bagi membolehkan mereka menggunakannya untuk persiapan raya nanti.

“Mengikut statistik, penerima tertinggi adalah daripada daerah Johor Bahru dengan peruntukan sebanyak RM3.2 juta diikuti Batu Pahat (RM2 juta) dan Muar (RM1.2 juta),” katanya di sini hari ini.

Menurut Abd. Mutalip, selain sumbangan kepada golongan fakir dan miskin, MAINJ juga akan menyalurkan peruntukan seba­nyak RM2.54 juta kepada golongan mualaf dan Orang Asli di negeri ini.

Katanya, kesemua 6,453 saudara baharu dan 1,385 Orang Asli itu akan menerima bantuan sebanyak RM300 seorang.- Utusan