Selepas Pakatan Berkecai…Dap, Pas dan Pkr Bersembunyi Dengan Pendirian Yang Samar

KUALA LUMPUR 22 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata Pas, Dap dan PKR perlu menyatakan secara jelas pendirian mereka berhubung kedudukan masing-masing di dalam pakatan pembangkang.

Menurut beliau mereka tidak boleh bersembungi di sebalik kedudukan dan pendirian yang samar dan tidak jelas samada wujud kerjasama antara Pas dengan PKR atau bekerjasama dengan Dap dan sebagainya.

IMG_7655-e1434968765497“Komponen parti yang pernah terlibat dalam pakatan pembangkang dulu mestilah menyatakan pendirian mereka. Mereka tidak boleh sembunyi di sebalik kedudukan dan pendirian yang samar.

IMG_7655“Kena lebih jelas samada mereka ingin bekerjasama dengan Pas, bekerjasama dengan Dap atau PKR. Keadaan yang wujud hari ini tidak adalagi pakatan rakyat tetapi di peringkat negeri pakatan boleh ada kerjasama.

“Ini saya rasa tidak jelas bagi rakyat. Jadi sapa kerjasama dengan siapa, siapa yang berpakat dengan siapa dan apakah pendirian bersama dengan isu-isu seperti hudud… sebab ini adalah isu pokok yang telah mecahkan mereka,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah rakyat perlu menilai dan boleh membuat pertimbangan antara Barisan Nasional (BN) dan kerjasama yang wujud di dalam pakatan pembangkang yang tidak mampu bertahan lama.

“Antara parti komponen di dalam BN, walaupun berdepan dengan cabaran dan masalah dalaman juga, tetapi ianya tidaklah sampai hingga tahap memecahbelahkan kerjasama di dalam BN.

“Mereka terdiri daripada tiga parti tetapi tidak boleh tahan lama berbanding dengan 13 parti dalam BN yang terdiri daripada kepelbagaian agama, kaum, bangsa, pendirian politik dan sebagainya tetapi kita dapat jaga keutuhan BN dengan baik.

“Rakyat kena nilai dari sudut setiakawan dan dari segi ideologi yang didokong bersama menerusi BN. Pembangkang sudah jelas mereka bukan hanya sekadar parti berbeza malah ideologi berbeza. Dengan itu saya rasa ianya bukanlah barisan dan kumpulan yang boleh diharapkan untuk memerintah negara,“ katanya.

Menjawab soalan mengenai kemelut rakan komponen BN MIC, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berharap kemelut dalaman parti itu dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“Walaupun secara dasarnya kita tidak campur urusan komponen, tetapi bagi pemuda UMNO kita berpendapat dan kita rasa bahawa pemimpin parti komponen sepatutnya tidak menyalahkan Perdana Menteri berkenaan masalah dalaman yang dihadapi oleh parti mereka dan sekiranya ada usaha untuk salahkan PM, ini dilihat sebagai satu tindakan untuk menutup kelemahan kepimpinan parti itu sendiri.

“Harapan Pemuda UMNO agar masalah ini diselesaikan dengan cepat. Kita dapat sokongan yang baik daripada masyarakat India pada pilihan raya umum yang lepas dan sekiranya masalah ini tidak diselsaikan maka kami khuatir akan jejaskan sokongan pada pilihan raya akan datang. MIC mesti dengan secepat mungkin selesaikan masalah ini berdasarkan sokongan majoriti dalam MIC dan kita harap suara majoriti itu dapat selesaikan kemelut,“ katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy turut memaklumkan sempena bulan Ramadhan pergerakan itu akan menganjurkan beberapa program seperti majlis berbuka puasa perdana yang akan diadakan di Tampin, 5 Jun depan dan Qiamullail Perdana bersama mahasiswa.

“Kita sasarkan 1000 mahasiswa dan tarikh akan dimaklumkan kemudian. Selain itu kita juga akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam masa terdekat,” katanya. –

 

Sumber: UMNO-Online